Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya kami disini ingin menyempurnakan tugasan bagi subjek Pengajian Islam ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman yang dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Dialog Peradaban”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat sepanjang kami ingin menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Pn Ruslinawati binti Abdul Ghani kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan menerangkan kepada kami akan tugasan kepada kami dengan lebih jelas sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Kami merupakan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ingin mengarang blog untuk Pengajian Islam. Kami diberi tugasan untuk mengkaji apa sahaja yang berkaitan dengan Dialog Peradaban.perkataan µdialog¶ ialahistilah bahasa Inggeris iaitu dialogue. Maksud perkataan tersebut ialah perbicaraan,perbualan, percakapan, pertukaran pendapat, dan tanya jawab. Seterusnya, peradaban pula diertikan sebegini. Mengikut Kamus Dewan (2005),peradaban diertikan sebagai tamadun, keadaan serta tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani serta rohani sesuatu bangsa, masyarakat dan sebagainya. Topik ini akan membincangkan beberapa kepentingan dialog peradaban dalam negara dan isu isu lain berkaitannya.
Ke Arah Memperkembangkan Dialog Peradaban
Demi untuk membina dan mengukuhkan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama dalam tamadun Islam dan tamadun Asia hendaklah diadakan sesi dialog dalam semua peringkat masyarakat. Universiti atau Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah- sekolah boleh memainkan peranan yang penting. Pengajian mengenai tamadun Islam dan tamadun Asia mesti dimasukkan dalam peringkat sekolah lagi. Pertubuhan agama dan budaya hendaklah menjadikan sesi dialog sebagai agenda utama dalam kegiatan-kegiatan mereka. Sesi dialog juga mesti menjadi perkara utama dalam pertubuhan-pertubuhan belia. Akhbar dan majalah popular pula mesti memperkenalkan ruang-ruang yang ditumpukan kepada dialog peradaban. Program di radio dan televisyen yang membicarakan tema itu sudah pasti akan meningkatkan lagi usaha ini.
Namun begitu, sesi-sesi dialog demikian melalui media massa dan sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa disertai oleh dialog tentang kehidupan sebenar. Manusia yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama mesti digalakkan untuk bergaul, berkenalan dan memahami serta berkongsi kegembiraan dan kedukaan, harapan dan kebimbangan antara satu sama lain. Menghidupkan situasi seperti inilah sebenar-benarnya dialog, iaitu dialog dalam kehidupan. Tanpa dialog seumpama ini, usaha dialog peradaban pada tahap akal dan minda sahaja, tidak membawa sebarang kesan bermakna.
Terdapat golongan yang menganggap dialog peradaban sebagai ancaman terhadap kepentingan mereka. Golongan ini terdiri dari kalangan mereka yang berpandangan sempit, penuh kebencian dan permusuhan terhadap budaya dan agama lain serta menebal kejahilannya terhadap manusia selain daripada mereka.
Biar apapun bangkangan terhadap dialog peradaban, namun seharusnya disedari bahawa tidak akan wujud satu masa yang paling baik dalam sejarah untuk memperkenalkan dialog peradaban. Pada hari ini, kebangkitan gerakan agama mula bertapak di dunia Islam dan juga beberapa tempat di Asia yang lain. Dengan lain pengertian, kebangkitan gerakan keagamaan menjadi satu fenomena global. Lambang dan simbol agama, upacara dan peristiwa serta nilai dan prinsip yang ditunjangi oleh agama semakin diterima oleh masyarakat yang beberapa dekad terdahulu tidak menerimanya. Kebangkitan agama member! peluang kepada kita untuk memulakan dan mengembangkan dialog peradaban. Hujahnya sangat jelas, berdasarkan sejarah tamadun-tamadun tradisional, tamadun Islam dan tamadun Asia yang lain begitu berkait rapat dengan agama masing-masing.
Melihat kepada perkara-perkara diterangkan atas, kita mesti membuat pendinan untuk berdialog antara satu sama lain. Pilihan yang diberikan begitu mudah, sama ada kita memilih untuk berdialog dan seterusnya hidup bersama secara aman atau kita memilih untuk berkonflik dan bertelingkah untuk selama- lamanya.
Daripada perspektif Islam, kepentingan mengadakan dialog peradaban ini tidak dapat dinafikan lagi. Rasulullah s.a.w. telah banyak kali mengadakan dialog dengan ketua-ketua musyrikin Arab dan juga delegasi asing yang datang ke Madinah. Malah, Baginda membenarkan mereka memasuki Masjid Nabi untuk mengadakan dialog keagamaan dan ketuhanan dengan Baginda. Tegasnya, dialog peradaban merupakan sesuatu yang amat penting dilakukan bagi mewujudkan kehidupan dunia sejagat yang aman, sejahtera dan harmoni.
DIALOG PERADABAN DI MALAYSIA:-
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN
Mewujudkan Kesedaran, Kesatuan & Kejujuran Bersama-sama
Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum- mengamalkan pelbagai budaya yang berbeza dan menganut pelbagai kepercayaan.
Walaupun wujud hubungan yang baik antara kaum, kadangkala masih wujud rasa curiga berpunca dari perbezaan budaya.
Perlu ditangani secara bijaksana- untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti Peristiwa 13 Mei 1969 dan Peristiwa Kampung Medan (gagal memahami antara satu sama lain)
Penyelesaian: usaha memupuk persefahaman dan perpaduan dilakukan- antara langkah terpenting ialah melalui perbincangan atau dialog.
KEPENTINGAN DIALOG PERADABAN
Mengenalpasti Kekuatan Dan Kelemahan Masing-masing
Menerusi dialog setiap kaum dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing-masing serta dapat memperbaiki diri melalui proses saling memberi.
Langkah ini penting untuk mempersiapkan rakyat malaysia menghadapi pelbagai cabaran baru di alaf ke-21.
Dialog mestilah melibatkan semua lapisan masyarakat di Malaysia dan dilakukan secara menyeluruh untuk mencapai kesan yang menyeluruh.
Membina Satu Barisan Bersama Menentang Dominasi Barat
Menerusi dialog, masyarakat dapat mengenalpasti anasir negatif budaya asing yang boleh meruntuhkan budaya dan mencari penyelesaian bersama.
Perlu dilaksanakan untuk menjaga kelagsungan jati diri dan nilai hidup setiap masyarakat.
Permasalahan yang wujud di peringkat antarabangsa perlu ditangani menerusi dialog, bukan secara keganasan atau konfrontasi.
Dalam dialog tersebut, manusia perlu sedar bahawa setiap agama, budaya dan tamadun mengandungi nilai dan pandangan semesta- kejujuran, maruah dan kebebasan manusia. Nilai dan pandangan semesta bertentangan dengan tindakan dominasi.
Melalui dialog, masyarakat Islam, masyarakat asia dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi kuasa Barat dan bonekanya.
Mencari Penyelesaian Bagi Masalah Global
Seluruh manusia menghadapi pelbagai masalah besar seperti pencemaran alam sekitar, pemupusan sumber alam, keretakan perhubungan dan perpaduan dalam masyarakat, perpecahan hubungan keluarga, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, dadah dan AIDS.
Kesemua kemelut ini memerlukan jawapan dan penyelesaian dari manusia.
Dialog berterusan perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan nilai moral dalam masyarakat berbilang agama, etnik dan kebudayaan.
Memupuk Semangat Perpaduan Dan Mengelakkan Perselisihan
Ikatan dan perasaan saling hormat menghormati, mempercayai dan perpaduan akan tumbuh dalam masyarakat yang pelbagai etnik, budaya dan agama apabila manusia menyedari nilai-nilai yang mereka kongsi bersama- pemerintahan, politik, ekonomi, pengurusan sumber, keluarga dan masyarakat, kesihatan dan pendidikan, sains dan teknologi.
PERSEPSI YANG SALAH
Masalah besar yang timbul antara masyarakat yang berlainan budaya berpunca dari persepsi yang salah dari satu pihak ke pihak yang lain.
Berpunca dari kejahilan pihak pihak berkenaan memahami budaya sesebuah tamadun-tidak mampu bezakan antara tindakan bersifat individu dari ajaran atau nilai teras sebuah tamadun. Contoh: tindakan meletupkan hotel dan tempat pelancongan (dikunjungi pelancong barat ) -menggambarkan sikap Islam yang anti-barat - dicap sebagai keganasan
Hakikat sebenar adalah: Islam dan umat islam tidak memusuhi Barat. Islam menentang ketidakadilan dan penindasan Barat ke atas umat Islam.
Islam tidak pernah memperakui tindakan ganas individu Muslim ke atas mana-mana masyarakat awam bukan Islam-membalas dendam terhadap kekejaman yang dideritai umat Islam.
Tindakan segelintir umat islam yang bertindak ganas dan kejam kepada kuasa-kuasa barat serta regim Zionis- reaksi spontan atas tindakan kejam dan ganas mereka khususnya terhadap Palestin dan Iraq.
ISU SEMASA DIALOG PERADABAN
INTERAKSI ANTARA PERADABAN YANG TERHAD
Interaksi merupakan langkah terpenting ke arah menghilangkan salah faham dan salah tanggapan.
Dialog sekurang-kurangnya mampu mengurangkan ketegangan yang wujud antara dua pihak yang berlainan budaya dan peradaban-pemahaman terhadap budaya orang lain mampu menghalang seseorang dari terjebak ke kancah salah faham.
Untuk mewujudkan keamanan, semua pihak mestilah bersedia untuk saling memahami persamaan dan perbezaan yang wujud antara mereka.
Isu semasa Dialog Peradaban
PEREBUTAN KUASA POLITIK DAN EKONOMI
Terdapat masalah yang berpunca daripada perebutan kuasa politik atau ekonomi antara dunia Islam dangan Barat seperti perebutan telaga minyak di Teluk Parsi.
Isu semasa Dialog Peradaban.
KESIMPULAN:
Kesimpulan yang kita dapat pelajari adalah agama Islam amat menitik beratkan dialog peradaban kerana ia merupakan akhlak seseorang insan tersebut dan ia juga akan melibatkan isu agama bagaimana seseorang umat Islam menjaga nama baik Islam dalam pertuturan, perbicaraan, dan sebagainya.Kita juga telah pelajari impak atau kesan dialog peradaban terhadap sesebuah negara dan mengikut isu isu semasa.Oleh demikian, kita sebagai seorang muslim perlulah mengambil berat terhadap dialog peradaban,
RUJUKAN:
AHLI KUMPULAN (DPR2C) :
-MUHAMMAD AMIR AMZAR BIN JOHARI
(03DPR19F1116)
MUHAMMAD NAZIRUL NAZLIE BIN YAHYA
(03DPR19F1062)
MUHAMMAD REDZUAN BIN ANUAR
(03DPR19F1046)
No comments:
Post a Comment